Ayah.....inilah suatu buku yang mencerita akan keperihalan seorang tokoh yang amat terkenal terutama di alam nusantara, Prof Dr HAMKA. Prof Dr Hamka atau lebih dikenali sebagai buya Hamka merupakan seorang tokoh yang telah melawan arus kejahilandan telah meneruskan perjuangan yang telah dipikul oleh ayahnya, Dr Abdul Karim.
Sebagaimana Hamka telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Ayahku" yang menceritakan akan perjuangan ayahnya yakni Abdul Karim, begitu juga anaknya Irfan Hamka yang telah menulis sebuah buku bertajuk "Ayah" yang mengumpulkan segala kisah suka dan duka beliau bersama dengan ayahnya yang tercinta.

Kita boleh lihat cara penulisan Irfan Hamka di dalam buku ini berbeza dengan penulisan Hamka di dalam "Ayahku". Ia lebih akan imbasan kembali akan apa yang dia ingat peristiwa bersama nya dengan ayahnya. Uniknya buku ini kerana ia memberikan kita satu gambaran akan watak Hamka bukan sahaja seorang tokoh reformis dan tokoh politik malah seorang bapa kepada anak dan suami kepada seorang isteri yang kita tidak dapat lihat di dalam buku-buku lain yang menceritakan Hamka.
Di dalam buku ini juga mengkisahkan peristiwa kematian Hamka yang telah menggegarkan Indonesia pada masa itu. Dari rakyat biasa hingga ke Presiden Indonesia pada masa itu, Soeharto telah turun untuk menziarahi dan menyembahnyangkan jenazah Hamka.
"Selesai solat jenazah, jemaah yang ada di dalam berebut-rebut mendekati keranda jenazah. Mereka berebut-rebut untuk dapat mengangkat keranda itu. Berganti-ganti mereka angkat. Ada juga yang sekadar memegang dan mengusap keranda itu dengan mata memerah kerana kepiluan. Di pinggir jalan, masyarakat berdesak-desakingin melihat jenazah Ayah.

Dari keramaian itu terdengar ucapan, "Selamat jalan Buya, Selamat jalan Buya" saling bersahutan. Ketika kenderaan jenazah melewati orang ramai, ada yang berdoa sambil mengangkat kedua-dua tangan. Banyak pula yang mengusap kenderaan jenazah yang bergerak lambat."
Bagi saya kepada sesiapa yang meminati akan sejarah hidup Hamka, buku ini amat sesuai untuk dibaca.
Bagi saya kepada sesiapa yang meminati akan sejarah hidup Hamka, buku ini amat sesuai untuk dibaca.