Tuesday, 15 March 2016

Berkelanalah - Imam Syafi'e



ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ 
Tidaklah orang mempunyai akal dan cita-cita duduk

مِنْ رَاحَة ٍ فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ
dengan sengang maka tinggalkan negeri dan berkelanalah

سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ 
bermusafirlah kamu akan menjumpai gantian atas apa kamu tinggalkan

وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
bersusah payahlah kerana sesungguhnya kelazatan hidup itu dalam kesusah payahan


إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ 

sesunggunya aku melihat air yang tidak bergerak maka keruhlah ia

إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
jika ia mengalir maka eloklah ia jika ia tidak mengalir maka tidak eloklah ia


والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست

dan singa jika tidak meniggalkan tempatnya tidak dapatlah ia membaham

 والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
dan anak panah jika tidak meninggalkan busurnya tidaklah ia dapat mengena sasarannya


والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة 

dan matahari jika sentiasa berhenti di atas satahnya 

لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
bosanlah manusia sama ada dari orang bukan arab dan arab


والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى ً في أَمَاكِنِهِ 

dan bahan galian seperti tanah biasa jika berada di dalam tempatnya

والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
begitu juga setanggi sejenis dari kayu


فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ

maka jika diasingkan ia maka mulia (tinggilah) permintaannya

 وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
dan jika diasingkan ia maka mulialah ia bagai emas

Monday, 14 March 2016

Aku Ingin Kembara Lagi - Dr MAZA




Aku Ingin Kembara Lagi merupakan himpunan tulisan Dr MAZA semasa beliau bertugas sebagai felow di Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford. Dalam buku ni beliau telah mengambarkan indahnya Oxford di mata beliau.
"Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat 'jatuh cinta' kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya."
Saya yang sering membaca artikel Dr MAZA sejak beliau menjadi mufti untuk kali pertamanya pada 2006 hingga kini. Saya boleh katakan hanya masa dan pengalaman boleh matangkan jiwa. 

Di dalam ini, terdapat beberapa tulisan da padangan beliau akan perkara dan isu yang berlaku pada masa itu. Misalnya, tentang kebangkitan arab (Arab Spring), pemahaman antara Islam dan negara 'Islam'. dan lain-lain lagi.

Namun, di akhir buku ini, beliau mengungkapkan satu harapan dan impian untuk kembali bermusafir

"Saya kembali. Saya ingin bermusafir lagi jika diizinkan ALLAH. Melihat alam, merasai, memerhati kehidupan dan merenung kembali pandangan yang diberikan dan diri yang menuju Tuhan"
Buku ini amatlah sesuai untuk mereka yang mahu menyelusuri akan kehidupan dan padangan Dr MAZA.


Sunday, 13 March 2016

Ayahku - HAMKA


"Letak ayahku dalam sejarah pembangunan Islam di Indonesia"

Buku ini dikarang khas oleh Hamka untuk mencerita akan keperihalan ayahnya yang amat beliau cintai iaitu Dr. H. Abdul Karim Amrullah.

Di dalam buku ini, terdapat beberapa kisah yang sungguh mengkagumkan yang mana kita boleh lihat akan kekuatan dan kesungguhan Dr Abdul Karim melawan kebatilan yang dilakukan sama ada oleh kaumnya sendiri mahupun oleh orang luar. Api semangat dakwah untuk menyeru kebaikan dan menghapuskan kebatilan yang didukung oleh beliau inilah yang telah  membentuk diri anaknya, Hamka menjadi tokoh seperti beliau.


Dr Abdul Karim sememangnya telah dididik oleh ayahnya untuk menjadi ulama sepertinya. Pada usia semuda 16 tahun beliau telah berangkat ke Mekah untuk mendalami ilmu agama atas galakan dan persetujuan ayahnya Amrullah.

   "Kau sudah baligh Rasul! (Abdul Karim) Tidak ke Sungai Rotan lagi mengaji, tetapi ke     tempat  yang lebih jauh!" 
             "Ke Mekah, ayah? "

             "Ya, ke Mekah"


Dengan ilmu yang berbekal di dada, Dr Abdul Karim pulang ke Indonesia, melihat yang mana kaumnya sudah lari jauh dari pegangan agama yang dipelajarinya di Mekah, agama dan adat yang sudah bercampur aduk, akidah yang penuh dangan syirik dan bidaah,, beliau bangkit melawan semua perkara ini walaupun terpaksa berlawanan dengan ayahnya sendiri.

Namun, Abdul Karim tetap menghormati ayahnya dengan penghormatan yang tinggi meskipun ayahnya merupakan salah seorang pendukung tariqat Naqsyahbandi yang ditentang keras oleh beliau.
“Sebagai anak yang mencintai ayah, beliau turut bersama saudara-saudaranya yang lain memandikan ayahnya, bersama-sama juga adik ayahnya (amminya). Tetapi setelah penghulu-penghulu dan ulama-ulama, tuanku-tuanku dan lebai-lebai di seluruh Danau memutuskan hendak mengadakan kenduri kerana kematian itu, beliau menyatakan pendirian yang tegas, bahawa kenduri kerana kematian adalah haram dalam agama, wahsyah namanya. Sama hukum dengan meratap. Yang berasal dari agama hanyalah jika orang pergi menjenguk kematian membawa makanan untuk orang yang tengah ditimpa dukacita itu, sebaiknya makanan dimasak. Fatwa ini dilancarkannya disuraunya di Muara Pauh”

Buku ini bukan sahaja menceritakan akan pejuangan Dr Abdul Karim menentang perbuatan bidaah dan syirik yang dilakukan oleh kaumnya, malah beliau juga terlibat dalam isu besar seperti mewakili Indonesia di  suatu persidangan di Mesir yang membicarakan akan kejatuhan Khilafah pada masa itu, penaklukan Jepun di Indonesia dan hubungannya dengan Soekarnno, Presiden pertama Indonesia.

Bagi saya, buku ini amatlah sesuai untuk mereka yang mahu melihat lebih dalam akan tokoh ini dan juga konflik yang berlaku pada zamannya.

Monday, 29 February 2016

Ayah - Irfan Hamka





Ayah.....inilah suatu buku yang mencerita akan keperihalan seorang tokoh yang amat terkenal terutama di alam nusantara, Prof Dr HAMKA. Prof Dr Hamka atau lebih dikenali sebagai buya Hamka merupakan seorang tokoh yang telah melawan arus kejahilandan telah meneruskan perjuangan yang telah dipikul oleh ayahnya, Dr Abdul Karim.

Sebagaimana Hamka telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Ayahku" yang menceritakan akan perjuangan ayahnya yakni Abdul Karim, begitu juga anaknya Irfan Hamka yang telah menulis sebuah buku bertajuk "Ayah" yang mengumpulkan segala kisah suka dan duka beliau bersama dengan ayahnya yang  tercinta.

Kita boleh lihat cara penulisan Irfan Hamka di dalam buku ini berbeza dengan penulisan Hamka di dalam "Ayahku". Ia lebih akan imbasan kembali akan apa yang dia ingat peristiwa bersama nya dengan ayahnya. Uniknya buku ini kerana ia memberikan kita satu gambaran akan watak Hamka bukan sahaja seorang tokoh reformis dan tokoh politik malah seorang bapa kepada anak dan suami kepada seorang isteri yang kita tidak dapat lihat di dalam buku-buku lain yang menceritakan Hamka.

Di dalam buku ini juga mengkisahkan peristiwa kematian Hamka yang telah menggegarkan Indonesia pada masa itu. Dari rakyat biasa hingga ke Presiden Indonesia pada masa itu, Soeharto telah turun untuk  menziarahi dan menyembahnyangkan jenazah Hamka.

"Selesai solat jenazah, jemaah yang ada di dalam berebut-rebut mendekati keranda jenazah. Mereka berebut-rebut untuk dapat mengangkat keranda itu. Berganti-ganti mereka angkat. Ada juga yang sekadar memegang dan mengusap keranda  itu dengan mata memerah kerana kepiluan. Di pinggir jalan, masyarakat berdesak-desakingin melihat jenazah Ayah.

Dari keramaian itu terdengar ucapan, "Selamat jalan Buya, Selamat jalan Buya" saling bersahutan. Ketika kenderaan jenazah melewati orang ramai, ada yang berdoa sambil mengangkat kedua-dua tangan. Banyak pula yang mengusap kenderaan jenazah yang bergerak lambat."

Bagi saya kepada sesiapa yang meminati akan sejarah hidup Hamka, buku ini amat sesuai untuk dibaca.