"Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat 'jatuh cinta' kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya."Saya yang sering membaca artikel Dr MAZA sejak beliau menjadi mufti untuk kali pertamanya pada 2006 hingga kini. Saya boleh katakan hanya masa dan pengalaman boleh matangkan jiwa.
Di dalam ini, terdapat beberapa tulisan da padangan beliau akan perkara dan isu yang berlaku pada masa itu. Misalnya, tentang kebangkitan arab (Arab Spring), pemahaman antara Islam dan negara 'Islam'. dan lain-lain lagi.
Namun, di akhir buku ini, beliau mengungkapkan satu harapan dan impian untuk kembali bermusafir
"Saya kembali. Saya ingin bermusafir lagi jika diizinkan ALLAH. Melihat alam, merasai, memerhati kehidupan dan merenung kembali pandangan yang diberikan dan diri yang menuju Tuhan"Buku ini amatlah sesuai untuk mereka yang mahu menyelusuri akan kehidupan dan padangan Dr MAZA.
No comments:
Post a Comment