"Letak ayahku dalam sejarah pembangunan Islam di Indonesia"
Buku ini dikarang khas oleh Hamka untuk mencerita akan keperihalan ayahnya yang amat beliau cintai iaitu Dr. H. Abdul Karim Amrullah.
Di dalam buku ini, terdapat beberapa kisah yang sungguh mengkagumkan yang mana kita boleh lihat akan kekuatan dan kesungguhan Dr Abdul Karim melawan kebatilan yang dilakukan sama ada oleh kaumnya sendiri mahupun oleh orang luar. Api semangat dakwah untuk menyeru kebaikan dan menghapuskan kebatilan yang didukung oleh beliau inilah yang telah membentuk diri anaknya, Hamka menjadi tokoh seperti beliau.
Dr Abdul Karim sememangnya telah dididik oleh ayahnya untuk menjadi ulama sepertinya. Pada usia semuda 16 tahun beliau telah berangkat ke Mekah untuk mendalami ilmu agama atas galakan dan persetujuan ayahnya Amrullah.
"Kau sudah baligh Rasul! (Abdul Karim) Tidak ke Sungai Rotan lagi mengaji, tetapi ke tempat yang lebih jauh!""Ke Mekah, ayah? "
"Ya, ke Mekah"
Dengan ilmu yang berbekal di dada, Dr Abdul Karim pulang ke Indonesia, melihat yang mana kaumnya sudah lari jauh dari pegangan agama yang dipelajarinya di Mekah, agama dan adat yang sudah bercampur aduk, akidah yang penuh dangan syirik dan bidaah,, beliau bangkit melawan semua perkara ini walaupun terpaksa berlawanan dengan ayahnya sendiri.
Namun, Abdul Karim tetap menghormati ayahnya dengan penghormatan yang tinggi meskipun ayahnya merupakan salah seorang pendukung tariqat Naqsyahbandi yang ditentang keras oleh beliau.
Namun, Abdul Karim tetap menghormati ayahnya dengan penghormatan yang tinggi meskipun ayahnya merupakan salah seorang pendukung tariqat Naqsyahbandi yang ditentang keras oleh beliau.
“Sebagai anak yang mencintai ayah, beliau turut bersama saudara-saudaranya yang lain memandikan ayahnya, bersama-sama juga adik ayahnya (amminya). Tetapi setelah penghulu-penghulu dan ulama-ulama, tuanku-tuanku dan lebai-lebai di seluruh Danau memutuskan hendak mengadakan kenduri kerana kematian itu, beliau menyatakan pendirian yang tegas, bahawa kenduri kerana kematian adalah haram dalam agama, wahsyah namanya. Sama hukum dengan meratap. Yang berasal dari agama hanyalah jika orang pergi menjenguk kematian membawa makanan untuk orang yang tengah ditimpa dukacita itu, sebaiknya makanan dimasak. Fatwa ini dilancarkannya disuraunya di Muara Pauh”
Buku ini bukan sahaja menceritakan akan pejuangan Dr Abdul Karim menentang perbuatan bidaah dan syirik yang dilakukan oleh kaumnya, malah beliau juga terlibat dalam isu besar seperti mewakili Indonesia di suatu persidangan di Mesir yang membicarakan akan kejatuhan Khilafah pada masa itu, penaklukan Jepun di Indonesia dan hubungannya dengan Soekarnno, Presiden pertama Indonesia.
Bagi saya, buku ini amatlah sesuai untuk mereka yang mahu melihat lebih dalam akan tokoh ini dan juga konflik yang berlaku pada zamannya.
Bagi saya, buku ini amatlah sesuai untuk mereka yang mahu melihat lebih dalam akan tokoh ini dan juga konflik yang berlaku pada zamannya.

No comments:
Post a Comment